Karnival Hari Terbuka SMK Matang Jaya

15 September 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu, 14 September 2019 Pusat Internet PPR Taman Malihah telah dijemput untuk satu program Karnival Hari Terbuka di SMK Matang Jaya bermula jam 7 pagi hingga 1 petang. Karnival ini adalah anjuran sepenuhnya daripada pihak sekolah untuk melancarkan Alumuni Anak-Anak SMK Matang Jaya 2005 - 2019. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Fazzrudin Abdul Rahman, N6 Tupong. Program ini juga kerjasama dan telah dibantu oleh pihak PI PPR Taman Dahlia.

Antara aktiviti sekolah adalah:
- Pertandingan Futsal
- Pertandingan Bola Jaring
- Pertandingan DodgeBall
- Pertandingan MJ Got Talent (MGT)
- Pertandingan Dandanan dan Solekan
- Pertandingan Gubahan Bunga
- Pameran Drone
- Pertandingan Mobile Gaming: PUBG, Mobile Legend, dan BayBlade
- Pelancaran Bacaton PIBG
- Pameran haiwan eksotik
- Pameran kuda
- Pameran motosikal besar (big bikes)
- Jualan food truck
- Pertandingan Kabaddi Terbuka Sarawak, dan banyak lagi.
Pihak PI telah membuka 'booth' untuk warga sekolah berkunjung bagi memeriahkan lagi program tersebut. Antara aktiviti PI telah jalankan adalah seperti:
- Kuiz Kahoot
- Crossword puzzle KDB
- Aktiviti mewarna
- Kempen e-waste
- Promosi Mytv
- Promosi E-class Maxis
- Kesedaran Klik Dengan Bijak

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-
1. Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
2. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
3. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
4. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda.

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya atas kerjasama warga SMK Matang Jaya yang sangat hebat. Semoga beroleh kejayaan nanti! Terima kasih sekali lagi kerana sudi menjemput pihak kami dalam program kali ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali